"Training ESQ adalah sebuah fenomena yang mampu mengubah kehidupan seseorang..."


ESQ akan memandu seseorang dalam membangunkan prinsip hidup dan keperibadian berdasarkan ESQ Way 165. Angka 165 merupakan simbol bagi 1 hati yang Ehsan pada Conscience, 6 Prinsip Moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 Langkah Kejayaan yang berdasarkan Rukun Islam.

Walaupun ESQ berasaskan agama Islam, ini tidak bererti ESQ hanya ditujukan secara eksklusif untuk individu Islam sahaja. ESQ adalah untuk semua tanpa mengira agama atau bangsa. ESQ adalah untuk sesiapa sahaja yang berkeinginan membentuk keperibadian yang unggul dan bertanggungjawab. Selain itu, ESQ juga merupakan suatu usaha yang telah dapat menghubungkan rasionalisme dunia kerjaya dengan spriritual keTuhanan dengan cukup berjaya yang akan membawa kepada bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.

Rahsia kejayaan Training ESQ bermula dari sebuah buku hasil karangan Ary Ginanjar Agustian yang bertajuk 'Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman' pada tahun 2001. Buku ini menjadi tumpuan dan perhatian para pecinta ilmu sehingga buku ini mencapai jualan buku terlaris "best seller". Melihat pada sambutan yang diberikan oleh para pembaca, buku kedua yang diberi tajuk 'ESQ Power' diterbitkan. Buku kedua ini lebih menajamkan pemahaman ke dalam diri berasaskan Ehsan. Daripada sambutan yang terima dan di samping untuk menyempurnakan keseluruhan idea ESQ, maka terbitlah buku yang ketiga yang merupakan pembaharuan pada buku yang pertama yang bertajuk 'ESQ: Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual' yang juga telah mencapai jualan buku terlaris "best seller". Keseluruhan kandungan buku ini adalah merupakan proses pembelajaran dan pengalaman Ary Ginanjar selama 10 tahun.

Sejak buku pertama diterbitkan sehingga kini, ribuan sessi Training ESQ telah diadakan di Indonesia mahupun di negara-negara yang lain seperti di Malaysia, Singapura, Brunei, Holland, Eropah dan Amerika Syarikat. Sehingga Mac 2008, seramai 471,367 orang telah menghadiri Training ESQ ini dan seramai 6,674 datangnya daripada pelatihan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang. Sehingga kini, sebanyak 2,892 sessi Training ESQ telah diadakan di seluruh dunia.{sharethis}

 
ZMP MANAGEMENT & TRAINING CENTER
NO.17-A JALAN UDA UTAMA 3/14
BANDAR UDA UTAMA 81200 JOHOR BAHRU
NO TEL : 07-235 1650 FAX 07-239 1650