TENTANG ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD

ESQ Leadership Center Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengendalikan latihan Modal Insan yang telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 18 September 2006.

Syarikat ini mula beroperasi sepenuhnya dengan aktif menawarkan latihan bulanan ESQ Training secara umum dan mengadakan pelatihan-pelatihan Modal Insan bermula tahun 2006 untuk training secara In-House setelah penyertaan beberapa syarikat besar seperti Petronas, Sime Darby, PNB dan UEM.

Model latihan yang digunakan adalah berdasarkan Model Pembinaan Karakter The ESQWay 165 yang telah diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian dan juga penulis buku “ESQ” dan “ESQ Power”. Ia mengintegrasikan 3 kecerdasan iaitu IQ (Intelektual), EQ (Emosional) dan SQ (Spiritual).

Seiring dengan perkembangan teknologi, ESQ menggunakan pendekatan pembelajaran Quantum Learning, Neuro Linguistic programming (NLP) dengan bantuan multimedia supaya proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Khidmat latihan yang ditawarkan ialah :

* ESQ Training untuk Dewasa
* ESQ Training untuk Mahasiswa
* ESQ Training untuk Remaja
* ESQ Training untuk Kanak-kanak

Sehingga kini, latihan ESQ turut memeriahkan dunia Training di Malaysia dengan menawarkan latihan pembentukan Karakter di dalam Bidang Modal Insan kepada seramai 26 ribu orang di Malaysia.

Training ESQ adalah transformasi daripada buku ESQ dan ESQ Power yang telah terjual lebih daripada 1.5 juta naskah tulisan Dr Ary Ginanjar Agustian, Pengasas Model Pembentukan Karakter The ESQ Way 165.

ESQ Training menggunakan pendekatan spiritual dengan rujukan ilmu Pengurusan Moden, Psikologi, Sains. Dasar utama daripada latihan ini adalah merujuk kepada Quran dan Hadis. Ia bersaing dengan model-model pembentukan Modal Insan dari Barat. ESQ komited untuk mengangkat Model Pembentukan Karakter sebagai ”Total Solution for Management of Life at Home & Workplace”.


DI SEBALIK TABIR ESQ WAY 165

Di sebalik kejayaan ESQ Way 165 yang penuh dengan fenomena, tentulah berdiri seorang tokoh yang inovatif dan kreatif. Tokoh pencetus idea sekaligus menjadi pengasas ESQ Leadership Center adalah Dr Ary Ginanjar Agustian.

Lulusan Universitas Udayana Bali dan Tafe College di Adelaide, Australia, Dr Ary Ginanjar telah berkecimpung di dunia pendidikan dan profesional selama lebih daripada 15 tahun. Hasil daripada penelitian dan kajian yang mendalam, beliau telah menerbitkan beberapa karya beliau sendiri berkenaan ESQ iaitu 'Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual' dan 'Rahasia Sukses Membangkitkan ESQ Power'.Dr Ary Ginanjar kemudian mendirikan ESQ Leadership Center, yang merupakan lembaga training kepemimpinan berasaskan kedua-dua buah buku tersebut. Sasaran ESQ untuk membangunkan mental melalui kecerdasan emosi dan intelektual tetapi tetap berorientasikan spiritual telah diakui ramai sebagai suatu kaedah yang jitu dan berkesan. Kejayaan di dalam penulisan dan latihan telah membuat Dr Ary Ginanjar terpilih sebagai salah seorang daripada 'The Most Powerful People and Ideas in Business 2004' oleh Majalah Swasembada. Beliau juga terpilih sebagai 'Tokoh Perubahan 2005' oleh akhbar Republika.

Beliau juga telah dilantik sebagai Pengurus Dewan Pakar ICMI bagi sessi 2005–2010. Pada ketika ini, Dr Ary Ginanjar Agustian adalah merupakan Presiden Direktur PT. Arga Bangun Bangsa dan Ketua Umum Forum Komunikasi Alumni ESQ.{sharethis}



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
Reddit! Del.icio.us! Mixx! Free and Open Source Software News Google! Live! Facebook! StumbleUpon! TwitThis Joomla Free PHP