|
“Life sebelum ini semua ok, Cuma dahulu saya seorang yang malas belajar, solat pun kadang- kadang. Senang kata seperti macam budak- budak remaja yang lain lah. Hubungan dengan ibu bapa pun kadang-kadang terkasar dan tak hormat pun. Dan dekat sekolah pun duduk di kelas ke 2 akhir. Pelajaran pun orang kata cukup makan, dan markah yang dapat selalu pun atas pagar. ..memang tak cemerlang. Tapi dahulu saya tidak kisah sangat sebab saya fikir kalau dah tak pandai, memang sampai tua kita tidak pandai. Senang kata dahulu saya mengalami masalah kurang keyakinan diri. Hal ini juga menyebabkan saya macam takut hendak membuat perubahan diri. Pada suatu hari, pada tahun 2005
( masa saya form 1), kakak sulung saya meninggal ( accident) ...kejadian ini meninggalkan kesan yang terlalu besar dalam diri saya...selepas kejadian itu, banyak perkara yang berubah...mak saya begitu sedih termasuklah abang saya...sampaikan pada satu tahap kami adik beradik macam hilang punca..kejadian ani juga adalah salah satu kesannya saya dengan abang saya tidak pergi ke sekolah hampir 2 minggu...tetapi yang paling ketara yang berlaku adalah pelajaran saya yang begitu merosot ketika itu....” ”Hal ini berlanjutan sampailah saya di form 2 (tahun 2006)..tahap pelajaran masih sama...kemudian, masa disember 2006, saya telah menghadiri trainning ESQ yang pada masa itu dibawa sendiri oleh Dr Ary..setelah itu...selepas 3 hari menjalani trainning ESQ 165....saya seperti mendapat satu kebahagiaan yang begitu saya cari selama ini...maksud saya seperti baru sedar apakah sebenarnnya tujuan kita lahir di dunia ini...siapa yang tidak bahagia apabila dapat tahu erti hidup yang sebenarnya, siapa yang tidak bahagia jika hubunga keluarga menjadi lebih rapat, dan siapa yang tak bahagia bila dia tahu bahawa Allah sentiasa menyayangi semua hamba-Nya dan akhir sekali setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya...” ”Dan selepas itu, denga ilmu yang telah saya dapat ( atas kehendak Allah s.w.t) dari trainnig ESQ, saya menjadi lebih berwawasan, ada tujuan yang ingin digapai..dan yang lebih penting saya cuba sedaya upaya berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t...saya juga berpegang kepada prinsip bahawa ”PEOPLE CAN CHANGE”..iaitu setiap manusia boleh mencapai kejayaan jika dia sendiri mahukan perubahan dalam diri dia..semasa di form3, Alhamdullilah atas berkat usaha dan bantuan dari Allah...saya mendapat 7A 1B dalam PMR...walaupun bukanlah kejayaan yang begitu cemerlang tetapi saya rasa itu adalah detik permulaan saya untuk jadi Aqil yang baru....” ” Semasa di form 4, saya meneruskan lagi pendidikan saya di MRSM KUBANG PASU KEDAH... pada mulanya saya kurang yakin untuk belajar di dalam sistem MRSM kerana saya fikir saya bukanlah ”cream of the cream” jika nak dibandingkan dengan pelajar yang lain ...tetapi atas nasihat daripada ibu-bapa dan ahli keluarga...iaitu yang mengingatkan bahawa jika saya nak berjaya dan buktikan kepada orang lain yang saya boleh...saya tidak boleh putus asa...tetapi sepatutnya kita harus yakin akan diri sendiri disamping jangan lupa menjaga hubungan kita dengan Allah dan orang lain...jadi, ...atas sebab itu saya terus berusaha dan bila peperiksaan SPM tiba... saya hanya cuba buat sebaik-baik yang boleh dan hanya berserah dan tawakal kepada Allah sahaja...Alhamdulillah...pada akhirnya saya telah mendapat straight A (7A1,2A) dalam SPM...dan insya’ Allah dalam bulan 9 saya melanjutkan pelajaran saya di Russia dalam bidang perubatan ...mohon doa kepadaNya” ”kesimpilannya, selepas menghadiri trainning ESQ inilah baru saya ada tujuan hidup nak dicapai, saya menjadi lebih yakin akan pertolongan Allah s.w.t dan yang lebih bermakna, kehidupan menjadi lebih baik selepas mengahdiri ESQ dengan hidayah Allah s.w.t..” {sharethis}
|